Wednesday 17 August 2016

Sunday 14 August 2016

Majlis Pelancaran Bulan Kemerdekaan 2016

SMK Seri Pulai Perdana telah mengadakan Pelancaran Bulan Kemerdekaan bagi tahun 2016 pada 14 Ogos (Ahad) untuk sesi petang dan 17 Ogos (Rabu) bagi sesi pagi. Ia dianjurkan oleh Bidang Sains Sosial. Antara tujuan utama program ini diadakan adalah untuk menerapkan nilai-nilai murni seperti cintakan tanahair, berdisiplin dan bekerjasama dan mempunyai semangat patriotik dan cintakan negara.

Aktiviti yang akan diadakan sepanjang bulan ini adalah seperti:

  • Pertandingan mencipta logo kemerdekaan
  • Pertandingan melukis poster
  • Pertandingan Pakaian Patriotik
  • Pertandingan Kuiz Mingguan
  • Explorace Merdeka
  • Pertandingan Deklamasi Sajak
  • Kuiz Patriotik
  • Pertandingan Kelas Patriotik
  • Pertandingan Kenderaan Patriotik
  • Pertandingan Nyanyian Lagu Patriotik
Semoga program ini dapat memupuk perpaduan kaum dan melahirkan pelajar yang seimbang Jasmani, Emosi, Rohani dan Sosial.