Sejarah Sekolah

SMK Seri Pulai Perdana telah dibina di Jalan Persisiran Pulai Perdana 1, Taman Sri Pulai Perdana yang jaraknya kira-kira 25km dari bandaraya Johor Bahru. Penubuhan sekolah ini bertujuan untuk memenuhi permintaan tinggi oleh penduduk di kawasan perumahan sekitar Taman Sri Pulai Perdana.



Projek pembinaan SMK Seri Pulai Perdana bermula pada 31 Ogos 2012. Tanah seluas empat ekar telah diperuntukkan bagi menempatkan sekolah ini. Masalah yang dihadapi oleh kontraktor menyebabkan tarikh sebenar pembukaan SMK Seri Pulai Perdana tertangguh selama setahun. Sekolah ini telah selesai pembinaannya pada Julai 2014. Kompleks sekolah terdiri daripada dua blok bangunan iaitu bahagian pendidikan dan pentadbiran. 



Pengambilan pertama pelajar-pelajar yang melibatkan sesi pagi dan petang berjumlah 1219 pelajar. Terdapat 12 kelas bagi Tingkatan 1 dan satu kelas Peralihan bagi sesi petang manakala untuk sesi pagi terdidi daripada 8 kelas bagi Tingkatan 2, 7 kelas bagi Tingkatan 3, 6 kelas bagi Tingkatan 4 serta 1 kelas bagi Tingkatan 5. Kebanyakkan pelajar terdiri daripada penduduk sekitar Taman Sri Pulai Perdana dan Taman Teratai.



Komposisi pelajar terbahagi kepada pelajar berbangsa Melayu 70%, Cina 16%, India 13% dan lain-lain 1%. Secara keseluruhannya, taraf sosioekonomi pelajar sekolah ini berada di tahap sederhana iaitu sebahagian besar daripada ibubapa atau penjaga mereka terlibat dalam sektor pekerjaan kolar biru. SMK Seri Pulai Perdana mula beroperasi sepenuhnya pada 4 Januari 2015 di bawah pengurusan pengetuanya yang pertama iaitu Pn. Hajah Sukini binti Dahalan. Seramai 74 orang guru telah ditugaskan untuk menjadi tenaga pengajar serta 6 orang staf sokongan perintis sekolah ini. 




SMK Seri Pulai Perdana menawarkan bidang berteraskan Sains Tulen, Perakaunan, Perdagangan dan Pendidikan Seni bagi menengah atas manakala menengah rendah ditawarkan bidang yang berteraskan Teknikal, Perdagangan dan Ekonomi Rumahtangga.


No comments:

Post a Comment